+Follow
Like
Dashboard
Reload Page
EXIT

Wafel Pertama

Tumblr_lxx9udt5oa1qj6l9so1_500_large

Heloooo! Anybody here? Huhu.. Nobody here. Ye la,dah bersarang labah-labah blog ni,siapa la nak datang singgah. Tu la kau Suffi,siapa suruh tak updated blog? Penyakit malas yang suruh wahai blogku. Dia yang mengahsut saya supaya tak updated blog. Trololol! Saya tak updated blog sebab saya busy. Saya jadi busy gila sejak jadi Form3. Ewah.. Ye la,tahun ni kan saya ambil PMR,so saya kena focus betul-betul ni. Semakin hari,saya semakin busy dengan sekolah,homework and tuisyen. So,saya tak de masa nak update blog. Ceh,ye la tu. Edit blog,twitter-ing,facebook-ing,tumblr-ing dan youtube-ing ada pula masa dia ye? Ok,saya dah merepek. Tak de kena mengena dengan tajuk entri kali ni. Kang makin saya merepek,makin sia-sia je awak semua baca entri saya ni. Eh? Ye ke? Whatever laa..

Nampak sedap je kan wafel kat atas ni? Wafel yang lembut lagi gebu ditambah lagi dengan coklat dan cream putar,diserikan lagi dengan strawberi dan dua skop ais krim strawberi. Umph! So yummy! Sangat membuka selera. Wah! Apa kena mengena wafel dengan entri kali ni? Wafel pertama lagi tu! Apakah?

Sebenarnya kantin saya dah baru. Semua makanan sedap-sedap woii! Harga pun berpatutan. Ecehh,promote kantin sekolah sendiri ke ni? LOL! Ada wafel,cupcorn,burger,kuih-muih,nasi lemak,nasi goreng,nasi ayam dan berbagai lagi jenis nasi dan mee. Huiiih! Sedap tu!Tapi malang nya,nak beli makanan punya la lama. Kena beratur panjang gilagila baru dapat beli. Ye la,rehat sekaligus dengan Form4 dan Form5. Mahu tak sesak kantin tu.

Kalau awak semua nak tahu,wafel la paling laris kat kantin sekolah saya. Eh,ye ke? Ntah la. tapi bagi saya wafel paling laris la sebab student prefer beli wafel dari makana yang lain. Bau wafel akak kantin tu buat, umph.. memang sedap la! Sampai menusuk kalbu. Haa,tipu! Takde maknanya nak menusuk kalbu bagai. Tapi wafel akak kantin tu memang sedap sampai ramai gila student yang sanggup beratur panjang nak beli wafel je. Dah macam nak beli tiket konsert pula. Haha!

Tadi,masa rehat,baru sempat saya merasa wafel akak kantin tu.Nasib baik saya & Kina keluar kelas awal,tu pun cepat-cepat pergi kantin,tak nak beratur panjang punya pasal. Kitaorang beli wafel perisa coklat. Wafel pertama saya dalam tahun 2012 ni. Wafel akak kantin tu memang sedap la! Sedap sampai menjilat siku! K,tipu. Mana ada orang boleh jilat siku. Kalau boleh,try la. Haa,GOTCHA! Cuba jilat siku nampak. Haiyook! Terkantoi sudah. Haha!

Huk aloh Suffi ni,makan wafel kat kantin pun nak kecoh satu blog. Macam lah ada orang kisah. Excuse me kay,ni blog saya. Suka hati saya lah nak cerita apa pun. Okay la,that's all. See ya..!




POSTED ON: Friday, January 27, 2012 @ 2:54 PM | 0 comments

← Older / ♥ back up ♥ / Newer →
sυffı nur syamıla
@suffinursyamila
I'm Suffi and I'm 15.
Bandar Baru Bangi,Selangor


Layout by FaqihahHusni. Basecodes Mocha Frappes. Please view with Google Chrome. Icon from: xo. Inspired by: MayaaKarin
Copyright © All rights reserved 2012 by Faqihah Husni ♡