+Follow
Like
Dashboard
Reload Page
EXIT

I'm back!

2dbl3sx_large

Assalamualaikum and hey! Setelah sekian lama menghiraukan blog ni,Suffi kembali jadi blogger yang tak berapa nak setia lol. Suffi jarang updated blog sebab Suffi sibuk. Sibuk sangaaaat! Ye ke? Ye la,sibuk sebagai calon PMR 2012 la kata kan. Sekarang,Suffi nak lepaskan apa yang dah lama terbuku kat dalam hati ni ceh hahaha..

Kalau ikut kan jadual harian Suffi,hmm.. nak tahu ke? Haha okay okay.. macam biasa,hari sekolah,Suffi sekolah la. Dari pagi sampai tengah hari. Balik sekolah dengan Amni jalan kaki. Panas wooo.. Awal tahun dulu,Suffi ada amik class tuition petang dengan Kina,jiran meja Suffi kat 3Budiman. Tuition petang ni start dari pukul 3 sampai pukul 5. Tapi Suffi drop class tuition tu sampai bulan 7 je.

Suffi ada gak class tution lain,kat Idea Unggul. Setiap hari Jumaat dan Ahad. Tuition hari Jumaat untuk subjek Geo dan Sej. Tuition hari Ahad lak untuk subjek Bm,Bi,Sc dan Math. Tapi tuition hari Jumaat la yang paaaaaling best! Kenapa? Sebab class hari Jumaat ada classmates yang gila-gila,ada cikgu yang sporting. Class Jumaat memang super duper happening,fun and crazy yeah! Hmm.. lagi pun ada crush Suffi kat situ hehe. Tu yang best tu! Baru ada semangat nak belajar hahaha. 

Kalau class hari Ahad err.. macam -________- je! Classmates semua tak gila-gila langsung! Semua muka budak pandai-pandai. Cikgu ajar pun biasa-biasa je. Class takda fun langsung! Dah la tuition dari pukul 10 am  saaampai pukul 730 pm! Pastu ada tuition lagi pula tu,tapi kat tempat lain la. Class Bi! Dari pukul 815pm sampai pukul 1015pm. Mahu badan tak lesu! Mahu otak tak tepu! Esok nya sekolah pula tu err -.-

Okay,sambung! Itu semua pengorbanan yang Suffi dah buat untuk menghadap kertas soalan PMR masa kat dewan peperiksaan nanti ceh haha.. Suffi dah korban kan masa Suffi dari layan movies,kdrama,,blog,facebook,junk foods,fast foodsJustin Bieber,Kpop segala lah. Tapi satu je! Satu benda yang Suffi tak boleh nak korban kan sebab Suffi dah terlampau ketagih dengan nya dan ia adalah Twitter! Ya,Twitter! Twitter tempat Suffi share dengan dunia apa yang Suffi tengah buat,apa yang Suffi tengah fikir,apa yang Suffi tengah rasa,apa-apa je laa kan,semua Suffi tweet je.


Itu semua benda sebelum PMR. Sekarang,dah lepas PMR. So,Suffi boleh buat apa saja yang Suffi suka muahahaha *evil laugh* lol. Alhamdulillah,PMR yang baru habis semalam dapat Suffi jawab dengan baik. Jawab tu boleh cuma tak tahu sama ada apa yang Suffi buat tu betul ke tak. Takpa,result PMR nanti keluar kita tengok. Tunggu~

Okay la,sampai sini je k untuk kali ni? :) Jari jemari Suffi dah lenguh menaip. Lagi pun Suffi dah takda idea nak sambung lagi lewls haha. Insyallah,Suffi akan terus active ber-blog dan sentiasa meng-update blog ni. Assalamualaikum,bye! Take care! :)










POSTED ON: Tuesday, October 16, 2012 @ 5:56 PM | 0 comments

← Older / ♥ back up ♥
sυffı nur syamıla
@suffinursyamila
I'm Suffi and I'm 15.
Bandar Baru Bangi,Selangor


Layout by FaqihahHusni. Basecodes Mocha Frappes. Please view with Google Chrome. Icon from: xo. Inspired by: MayaaKarin
Copyright © All rights reserved 2012 by Faqihah Husni ♡