+Follow
Like
Dashboard
Reload Page
EXIT

20.11.2011



20.11.2011 merupakan tarikh yang cantik hari yang AWESOME bagi saya kerana pada tarikh ini classmates saya telah mengadakan 2B's Farewell Party di Restoran MFC. Ala-ala restoran KFC + Pizza Hut gi tu.

Sehari sebelum Farewell Party
Satu malam saya cuba pelbagai style pakai pashmina untuk keesokan hari. Maklumlah,nama pun Farewell Perty mestilah kena pakai cantik-cantik. Takkan laa nak pakai biasa-biasa je kot macam pin kat bawah dagu kemudian lilit di kepala. Cari lah kelainan sikit. Haha!
Huih,penat oh sayacuba pelbagai style pakai pashmina. Lilit pusing-pusing.Pin sana-sini. Belek muka depan cermin tanpa henti-henti bila sebijik jerawat mula menjajah muka saya yang tak comel ni di dagu tanpa kebenaran. Tangan pula sibuk mencari krim jerawat jenama OXY lalu disapukan dimana jerawat tumbuh dengan harapan jerawat tersebut akan kecut dengan segera. Ish! Jerawat ni,masa saya nak pergi Farewell Party esok masa tu laa dia tumbuh. Huh!

Farewell Party
Saya melakukan rutin harian saya dengan lancar. Sejam sebelum PARTY bermula,saya bersiap-siap. Saya memilih baju berwarna biru tua berpokodot GREYson dengan pashmina GREYson serta jeans hitam. Okay,GREYson tu sebenarnya adalah warna kelabu. Sengaja saya menamakan warna kelabu menjadi GREYson kerana warna kelabu dalam bahasa Inggeris adalah GREY. Kebetulan saya,meminati Greyson Chance. So,saya gabungkan kedua-dua nama tersebut dah terwujud lah GREYson. Hurm,lagi pun sejak akhir-akhir ni,saya makin suka pula dengan warna GREYson. Tengok lah blog saya ni. Dulu blog ni penuh dengan pink. Sekarang penuh dengan GREYson pula. Hee~

Saya sampai je kat restoran yang bertingkat dua tu saya sudah basah dek terkena tempias hujan lebat yang membasah bumi. Sebenarnya tak lah basah mana. Basah sikit je. Kemudian,saya jumpa Adidah. Baru sampai agak nya. Kitaorang terus naik ke tingkat atas. Tengok-tengok tiada siapa classmates kami di tingkat atas. Saya bergerak ke satu bilik yang agak besar. Di pintu bilik tersebut ada sehelai kertas yang bercetak "RESERVED" yang sudah ditampal pada pintu itu.

Kitaorang masuk je dalam bilik tersebut dan WOW! AWESOME giloss! Semua classmate kitaorang dah sampai. Music dimainkan dengan volume yang kuat. Belon berwarna-warni besepah-sepah di lantai. Pancaran flash kamera berlip-lap-lip-lap. Semuanya AWESOME! Saya rasa tu jamuan akhir tahun paling AWESOME! Huish,kau ni Suffi tak habis-habis dengan AWESOME kau tu. Hehe..

Saya dan Adidah menunggu ketibaan Farah dan Kina. 5 minit kemudian,Farah sampai di restoran. Kina pula tak sampai-sampai lagi kerana sesat. Penat Anis dan Po terangkan dimana terletaknya restoran tersebut. Akhirnya,Kina sampai juga. Kina nampak tinggi bila pakai wedges. Erk,Farah betul ke eja wedges tu? Alaa kasut yang tinggi tu..

Kami berempat mengambil tempat dan borak-borak blablablahahahaha. Makanan yang dipesan tiba jua. Kitaorang makan dengan selera walaupun rasa nya tak setanding KFC dan Pizza Hut tatkala perut masing-masing sudah berdangdut. Haha.

Lepas makan,kitaorang buat sepah. Hehe. Dasar budak 2B tak tahu malu. Haha. kitaorang main spray-spray snow tu. Wohoo! Aimy yang paling banyak kena spray. Dah macam snow man saya tengok. Eh,silap snow girl. Haha. Pastu,kitaorang main pecah kan belon. LOL. Bila belon pecah,POP! Semua terkejut,nasib baik tiada yang sakit jantung. Kemudian,kitaorang main musical chair. Farah,Adidah and Kina tak nak main. Dorang nak tengok je,tolong ambil gambar saya masa saya tengah main (ceh,perasan je kau Suffi!). Saya je main antara dorang semua. Tapi saya kalah main musical chair tu. Lupa nak duduk. Bila music dah berhenti,semua yang main dah duduk,saya pula terduduk atas Dina (Sorry Dina. Aku terduduk atas kau. Aku tahu aku berat. Sorry sesangat ><). Dina dapat duduk dulu. Haih.. Akhirnya,Dina yang menang bila Dina bejaya kalahkan Syamil. Syamil jatuh terduduk bila berebut kerusi dengan Dina. Semua orang gelak hahahahaha..

Lepas main games bagai tu,kitaorang tak plan nak pergi Tutti Fruity for dessert. So,kitaorang ramai-ramai jalan kaki pergi Tutti Fruity. The Boys (macam lagu SNSD pula) tak ikut,dorang dah chaww dulu naik fixie. Haish,memang tak penat laa kan? Sudah laa,Tutti Fruity tu terletak jauh dari Restoran MFC. Terpaksa laa. Takpe,bakar lemak sikit lepas makan 2 ketul ayam goreng yang besar dan sepotong pizza yang besar serta secawan besar air Coke. Huish,memang tak banyak kalori laa kan?  Kesian pula saya tengok chingu(s) saya yang pakai kasut tinggi-tinggi tu. Nasib baik saya pakai kasut flat ala-ala Korea je. Tak laa sakit sangat kaki.

Sampai je kat Tutti Fruity,kitaorang pergi amik cup,yogurt,hiasan bagai semua tu. Saya yang first time masuk Tutti Fruity tu,bajet macam dah pernah pergi banyak kali. Haha. Saya main letak je apa yang saya nampak kat dalam cup. Saya TERambil yogurt warna merah,erk saya tak ingat apa nama dia. Bila saya makan je yogurt yang merah menyala  tu,mulut saya penuh dengan warna merah. Dah macam pakai lipstick comot pula. Saya pula tak habis-habis cover mulut dengan tisu. Masa tu,saya cakap bila perlu je. Nak cover mulut comot. Aduyyaii.

Saya balik tumpang Kina. Thanks Kina,sebab tolong tumpang kan. Haa,sampai je rumah saya terus solat Asar. Tu pun dah lewat,lagi beberapa minit lagi nak masuk waktu Maghrib. Saya lepak kejap kat bilik lepas solat Asar sementara tunggu azan Maghrib berkumandang sambil baca novel. Azan sudah berkumandang,saya segera menunaikan solat Maghrib. Usai solat Maghrib,saya tertidur kerana kepenatan. Hey,Suffi! Tak elok tahu tidur masa Maghrib.

Okay laa. That's all for today. Thanks reading :)



POSTED ON: Monday, November 21, 2011 @ 12:01 AM | 0 comments

← Older / ♥ back up ♥ / Newer →
sυffı nur syamıla
@suffinursyamila
I'm Suffi and I'm 15.
Bandar Baru Bangi,Selangor


Layout by FaqihahHusni. Basecodes Mocha Frappes. Please view with Google Chrome. Icon from: xo. Inspired by: MayaaKarin
Copyright © All rights reserved 2012 by Faqihah Husni ♡